Kawan-Kawan

Wednesday, December 22, 2010

-->Belek2 Gamba..



BOSANNYAAA hr ni...nak buat keje pun xde mood,
Nk tido xleh pulak sekarang time keje....
Nk buat pe ek??

Tetiba rs rindu pd Mr.Hubby la pulak...huhuhhu....
Rindu  kalo dah dtg MENYERANG
rs nk terbang je kat Mr.Hubby...

Ct nk LAYAN rindu ni jap erk...
Sapa2 yg tak suke, meluat dan sebagainya tue..
cepat2 klik kat tanda X n trus Close.....

Kenangan Indah Bersama Mr.Hubby.....

Part 1 : Pertama kali dating berdua kat KL time ni br lepas g ambik gambar kat taman botani....Hahaha sian kan kene berjalan jauh pusing2 putrajaya....Nasib baik lah tak tercabut kaki ct time ni....hehehehe.....Masa ni kitaorg dating dgn menaiki publik transport..sbb kereta tak ado..huhuhuhu sgt memenatkan...lepas nek komuter kene naik lrt pulak...pastu naik teksi lak..Time ini ngah bercinta ape pun sanggup....bak kata org2 tua gunung berapi pun sanggup terjun kan apatah lagi setakat naik publik transport...hehehehehe.....

 **owhh saya sangat suke setiap kali saya tertinggal awak pasti tarik saya....hehehe**

Part 2 : Ni masa berdating kt Bukit Broga...Nak pajat bukit ni punya lah letih...rasa nak tercabut jantung ct time ni....Hehehehe beriya2 dia nk membuktikan siapa yang dapat naik atas dulu... siapa yg sampai dulu kira terror...{Walaupun pada hakikatnya CT yang berjaya sampai dulu...hihihihi} tgk gambar ni pun dh tau betapa kelakar Mr.Hubby ct ni kan? Adessss


*** Kelakar gambar ni? Tengok ke bawah pun gayat...**

Part 3 : Ni pun kat tempat yang sama...Mr.Hubby ni kalau suruh berposing KALAH ct....Dia mmg SUKA bergambar....Ini lah persamaan kami suka bergambar.....Kadang2 kalau dia tgk ct tak tanye tentang ambik gambar dia lak yang tanya.."Syg tak nak ambik gambar ke?" Haaaa...korang jangan bosan, meluat lak bila ct asyik letak gambar kami berdua je kat dalam blog ni....Dah nama Photograpfer, kene la letak gambar banyak2 kan??? Hahahaha...


**..ini sekadar gurau senda je...**


Part 4 : Masa ni kitaorg dating kat Port Dickson...Bukanlah dating sangat sebenarnya...tapi g sana sebenarnya Mr.Hubby ada GIG kat sana...Nak abiskan masa kami pun Cari2 port utk bergambar, akhirnya kat tepi jalan pun jadi lah....kat sini tenang dan sunyi....Bahaya tau kalau duk berdua2an nanti tak pasal2 kena cekup lak..hahahahaha..

.*** masa ni dah boleh nk peluk2......**

Part 5 :
Serupa tak??? HAHAAHAHA.... Mr.Hubby sungguh x disangka2 gambar dia mcm ni sekali....Ingat CT je yang SENGAL?? Kebetulan CT jumpa gambar ini dah macam orang asing...hehehe... Gambar ni Mr.Hubby tunjuk waktu kami couple2 dulu...Kalau masukkan kat FB ni agak2 ramai x yang komen......Walaup ape pun CT suka sgt gambar ni....sgt CERIA!!





Part 6 : Ni plak waktu pertama kali Mr.Hubby nak datang umah CT kebetulan kawan baik CT kawen dan nak jumpa dengan mak & Abah CT...Tengoklah punya SMART, berkemeja bagai..hehehe...Time makan je mesti nak kontrol je...maklum la time 2 Mak & Abah ada sekali kan.....hehehehe




Part 7 : Apakahh???????? Owhh tidak..! Kenapa anak CT bertukar jadi anak Cina pulakk ni...?? Uaaawaaaaa mengarut betul laaa......Tak tahan CT tgk gambar ni....Owhh sungguh comel anak CT ni...hehehehe


**RINDU tak hilang pun?? Makin rindu lagi ade leee...adesss..**

Tuesday, December 21, 2010

-->Mimpi yang tak sudah

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah


-->Pasrah

Ingin ku sendiri 
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu

Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori
Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati

Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku… Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa

Apakah salahku...
Apakah dosaku...

Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu

Cukup kali ini Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali

Dengan rela hati
Melepas kau pergi…
Ingin ku sendiri
Meniti hari
 
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori


-->Cinta Kristal

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang

-->Happy Family

Taaaraaaaaaaaaaaaaa......kembali bersua semua sahabat2 ct....Opsss..!! silap.. Assalamualaikum semua.

Hari ni ct dah start masuk opiz....cam biasa la bila masuk opiz setelah cuti lama pasti meja x serupa meja....penuh ngan fail2, surat2 n note2.....
Alhamdulillah majlis Family day utk keluarga mertua dah selesai....mmg seronok sgt2....walau pun tahun ni bajet kurang n buat pun kat PD je...p Hotel Permaisuri mmg terbaik la.....Check In lam kol 3pm...Pak ngah bagi briefing kat kami semua..pakngah bagi masa 20minit utk tukar baju, kemas barang n trus kene turun kat tepi pantai utk acara sukaneka....

Acara pertama = rebut gula utk kanak2 bawah 6tahun, cari barang kanak2 bawah 15tahun, remaja n dewasa...

Acara kedua = Futsal lelaki n perempuan....yang lelaki kene kai kain batik p sebabkan kain batik xbwk turun kene la pakai "guni"...hehehe memang kelakar la...

Acara ketiga = bola tampar bagi lelaki....

Acara keempat = Mandi manda di kolam n pantai....

malam lak acara perasmian utk family day dirasmikan oleh pak ngah...penyampaian hadiah utk semua pemenang...yang best nya ct dapat cabutan nom. bertuah tau....tempat ke-3....hadiah besar punyaaa.....selesai penyampaian hadiah maka bermulalah sesi makan2...mcm2 makan yang pihak hotel sediakan...BBQ ayam, daging lembu, daging kambing, ikan n mcm2 la......sambil makan ada sesi karaoke...ermmmm...masing2 la sumbangkan lagu.....Acara malam 2 habis lam kol 12pm...p ct naik awal coz bawak baby...xelok dok tepi pantai lewat malam kan....kami pun naik la atas...n Zzzzzzzzzz....

8.30am turun utk sarapan yang telah disediakan oleh pihak hotel....tibe2 hujan lak..maka tergendala la pulak utk g mandi kolam...hehehehe...so terpaksa la naik atas dulu...rehat2 jap...lam kol 10am baru turun mandi kolam n pantai....gara2 nak belaja berenang punya pasal..tibe2 terpijak pulak baru...dah terbelah tapak kaki ct....haaa..hari ni g keje kaki terhencot2....padan muka ct kan....!!!!

Pic lak lom sempat ct nak upload...mlm tadi penat sangat kaki lak sakit...so ct terus tido je la....t ct ada masa ct upload ....

setakat ni dulu la ct cite erk...sekarang ni ct ngah bz sgt2 nak siapkan keje dulu...t bile keje dah settle ct sambung cite k....bye semua...!!!

Friday, December 17, 2010

-->Mari Baca...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).




Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."



Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "



Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

-->Diet Rasulullah S.A.W

JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL[/color]


CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah..... .......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) 

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

Sabda nabi: "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

WallahuA'lam 

-->Alhamdulillah

Yahooooooooooo....!!!!!
Cuti dah lulus........
Thanks boss......

ni la senyuman setiap kali cuti dah lulus.......

Alhamdulillah.........

-->Keceriaan

Assalamualaikum......

 
Hai berjumpa kita lagi.....hari ni MR.Hubby ada job kat Taman Midah, Cheras....Balik xtau la kol berape kan...Mr.Hubby g ngan Linda....Ape mereka berdua je...!!!! Jeng2....jeng.....hehehehe...ct xkisah pun bukan diaorang g bersuka ria kan....pergi pun sebab kerja...mencari rezeki yang halal.....so kene la paham kan...dah memang keje seorang photographer macam 2.....dalam company MR.Hubby ada 2 orang Perempuan n 3 orang lelaki....keje yang xtentu masa....kadang2 sampai ke pagi...macam2 ragam pengantin n customer yang kene jumpe.....

Hari family ct nak g melawat pakcik saudara ct kat hospital kuala pilah.....yang best nya makngah n paksu dari perak datang....tapiiiiiiiiiii........ct xdapat balik....sedihhhh nyaaa....!!!! nak buat mcm mana minggu ni terlalu bz n banyak rancangan....mak ckp lau xde ape2 diaorang nak datang seremban..... Harap2 mak datang la...datang la.....rindu sangat2 kat mak + Abah + Adik n semua sekali...tambah2 Elisya.....

Ape2 pun ct nak semua org tahu yang ct......

-->Yahooo......

Assalamualaikum......


Hai semua....!!! hari sihat x..?? Mesti sihat kaann....!!

Yahooooo.......dah sampai hari yang ct nanti2 kan.....hari ape..??? Yezzzzz.....hari JUMAAT....
Hari ni last keje...esok dah cuti selama 3hari...bestnya..!!!!!

Ape nak buat hari ini erkk...??? mood nak keje dah xde ni...sekarang mood bercuti je tinggal....

Selamat Bercuti semua.....!!!!!!

Thursday, December 16, 2010

-->Khasiat Peluk Isteri

Bismillahirahmanirahim.....


 Ha ni ada 1 lagi cerita yang ct nak share ngan korang semua.....Dr. Mohd Fadzilah Kamzah ada bagi tahu tentang khasiat memeluk isteri....Ermmm...ape lagi para suami peluk lah isteri anda yea...!!! Selamat membaca......

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 


HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

-->Janji padamu



 
Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini

Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku

Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini

Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku

Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku

Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni


-->Kesedihan hatiku...

Bismillahirahmanirahim....


 Salam keceriaan semua sahabat2 ct....hari ni sekali lagi hati ct terasa sedih & kecewa sangat....hanya allah yang tahu betapa sedih & kecewanya ct...

Bila ct rasa sedih...hati ct pasti jadi xkeruan....Bila di fikirkan kepala ct jadi serabut sangat2...penuh dengan persoalan.....MENGAPA CT...????

Sedangkan ct xde jawapan utk soalan yang ct pikirkan...setiap kali ia hadir didalam pikiran ct.. pasti jiwa akan meronta2.....terlalu menginginkanya...!!!!!!

Adakah ct masih buntu....serabut....binggung....???? jawapannya memang hati ct serabut sangat2...selalu otak je yang serabutkan...tapi bagi ct hati yang serabut...Sekali lagi ct kembali berserah dan memohon pada ALLAH hanya dia yang MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI, segala rintihan hati ct......ct redha dengan setiap yang berlaku....tapi hati ini sentiasa meronta2...!!!

Ya allah kau permudahkanlah setiap urusan ct....hanya engkau yang mengetahui ape yang tersirat di hati ct....betapa kecewanya ct....!!!! ct berserah kepadamu ya allah...!!!!

Ubatilah kesedihanku ini ya allah....

Wednesday, December 15, 2010

-->Salam Keceriaan...

Bismillahirahmanirahim.....
 Salam 1 malaysia....!!! hai semua sihat ker..??? ct harap semuanya happy2 sokmo la yea....ct alhamdulillah beransur sihat...maklum la setelah 1minggu demam, akhirnya allah makbulkan doa ct n berikan kesembuhan pada kesakitan ct....alhamdulillah....

Sunyi je rasanya kat opiz ari ni....coz sorang staff kat opiz ct Ayahanda kepada kak ina telah kembali ke rahmatullah petang semalam.....jadi pilu sekejap opiz ct....semoga arwah ditempatkan didalam golongan org2 yang soleh & beriman....marilah kita sama2 sedekah kan AL-FATIHAH buat arwah...
Tranggg.....hari ni ct nak kongsi 1 cerita pasal semalam...lps lik keje trs gerak g KL ambik gambar kat jalan pudu....ingatkan sampai dah siap la kan....rupanya xsiap lagi...ngah tunggu fream gold xsampai lagi....so sambil2 nak tunggu 2...lepak la kat Starbucks...mcm2 telatah yang kami nampak kat sana....hehehe...kelakar pun ada gak...xmau la cite kat sini...maluuuuu...!!!!
kol 9pm trs lik semban n singgah makan kat tempat biasa la balai raya sikamat....nak ke usop tutp la pulak coz tukang masak sakit......mkn satay, mee hoon soto...nyummm..nyummm....memang sedap..!!!!
sampai umah kol 11.30pm...aduhhh...!!! penatnya badan dah la baru nak baik demam kan....ape lagi trs la Zzzzzzz...................!!!
 

Tuesday, December 14, 2010

-->kembali bersua lagi...

Salam semua.....


Hai bersua lagi kita yea....nape la lambat sgt jam ni nak bergerak ke angka 5 ni...xlarat rasanya ni....ct dah mula rasa bosan ni...nak buat keje pun dah xde mood...mne ngan hidung tersumbat, batuk2, kepala pening2....badan jadi lemah sgt2....dalam hati "sabar ct...sabar...kuat sikit...bertahan kejap lagi dah boleh balik...." puas ct pujuk hati ct ni supaya bertahan....nak makan ubat..?? ermmmm....bukan ct xmau makan...lau leh mmg ct xnak mkn...selagi boleh tahan ct akan bertahan... 

Dah masuk 5 ari ct demam ni...aduhh..!!! cepat la sembuh minggu ni ada family day sebelah family mertua ct....mesti best kan maklum la family mertua ct lebih kurang 100 family termasuk makcik, pakcik, sepupu sepapat, anak2 buah, cucu n cicit.....ramai kan...tahun lepas buat kat melaka...p tahun ni bajet kurang so kami sepakat membawa berkat ambik keputusan utk buat family day kat PD je.... Hotel Permaisuri....Semoga segala2nya berjalan lancar n dipermudahkan.....amin..

Petang ni lak lepas abis keje trs nak gerak g KL ambik gambar MRSM batu pahat dah siap cuci....mintak2 muat la 1 kete je...frame je ada 32 yg besar, belum campur, tolak, darab n bahagi frame kecik, gambar2 yg lain....hantam je lah labu....xmuat kita sumbat kasi muat....hahahahahaha

semoga perjalanan kami selamat pergi n balik....semoga allah permudahkan setiap urusan kami....amin..!!!


-->Oh!! papa nanti baca kuat2 pada ina ya!!!

Assalamualaikum.....

Hai semua.....hari ni ct masih lagi demam...walaupun demam ct gagahkan jugak diri ini utk bekerja demi mencari rezeki...hehehehe...ni lah ct xsuka nak manja2 kan badan sgt....hari ni ct nak share 1 cerita yg menyayat hati dan memberi pengajaran kepada semua yg betul mendalami cerita ini.....selamat membaca....!!!

Malam itu saya benar-benar sibuk... Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. 

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. 

“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau!!! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. 

“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. 

“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah. 

“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. 

Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!” Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. 

Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. 

“Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena.

Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. 

“Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. 

Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. 

“Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.

Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Satu cerita yang penuh pengajaran....buka minda anda semua....tanya lah hati....!!!!!

Monday, December 13, 2010

-->Bersua lagi...

Assalamualaikum.....


Salam pagi isnin semua sahabat2 ct...ape kabar semua..?? harap2 sihat2 belaka la yea...ct..??? ermmm...dah 4 ari demam....sian kan..!!

Aduhh....xselesa rasanya idung, tekak n badan ct ni....kalau ikutkan hati mmg nak ambik mc je ari ni...p disebabkan minggu ni nak mintak cuti utk family day xjadi lah....
sepanjang minggu ni ct x kuar g mne2 pun....dok  umah je...badan x sihat...nasib baik la MR. Hubby ada dia lah yg sibuk buat semua kerje.....klau dulu ct sakit kene uruskan sendiri p sekarang dah lain sakit je ada orang yg tolong uruskan....bestnyaaaaaaaa.....!!! thanks hubby...

memandangkan ct xde mood n idea nak menconteng2 ari  ni ct chaw chin chaw dulu la yea.....rasa nak tido je ni...


bye semua...!!!

Friday, December 10, 2010

-->Cinta Ini...


 Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra
Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

-->Jumaat kembali lagi...

Dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim....

 Salam semua....uishh....lam kesibukkan masa sampai xsedar dah sampai hari jumaat..mne x sedar minggu ni keje 3 ari je kan...mmg la rasa sekejap...hehehehe

Badan ct dari semalam dah start rasa x sedap...rasa mcm nak demam je...balik keje semalam adik ipar ct call tanye nak g pasar malam kat desa rhu x..?? ermmm....boleh je..!! walaupun badan dah rasa x larat.....sampai umah park kete n naik kete hubby g pasar malam....menu wajib yg  hubby mesti beli kuih wadei (betul ke ct eja ni..? ) belasah je la kan...laksa, kueh teow goreng, mee goreng, keropok lekor, nc ayam.... selesai beli singgah Family Store jap...adik ipar nak beli susu utk si kecik 2 org kat umah 2....susu dah abiss...!!! maklum la sekarang ni kuat sgt minum susu....

makan2 kat umah ibu, rehat2 jap lepas maghrib baru lik umah...sampai umah je badan ct dah xlarat, rasa cam nak tumbang je...kepala lak allahuakbar hanya dia yang tahu sakitnya....tekak dah mula sakit... Mr.Hubby pun buatkan la air asam....ct dah x sedar terus terlelap....hubby makan pun ct xsedar...sedar2 je hubby kejut soh minum air asam....
hari ni g keje ngan kepala berat, tekak sakit, kepala sakit n selsema....tanda2 nak demam.... alhamdulillah allah beri ct sakit lagi....utk menghapus dosa2 kecil....Ya allah kau permudahkan lah urusan hambamu ini.....amin..!!!!

Thursday, December 09, 2010

-->Keceriaan

بسم الله الر حمن الرحيم - السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai kawan2 ct....harap2 ari ni ceria2 sokmo la yea....!!!

Hari ni x sempat nak berblogger bz sungguh ct ari ni....nak tahu ker ct sibuk pasal ape..??? hehehe....sebenarnya ct sibuk kan bukan pasal keje tapi pasal.....tut...tut...tut...bahaya la cite kat sini t bos terbaca abis la ct...dari pagi sampai ptg sibuk main internet jer.....hehehehe


Dari pagi sampai petang cuaca mendung je....mood pun hilang dibawak angin...mata lak nak lelap je ni...lau lah ct kat umah sekarang ni maun dah sampai Afrika Selatan....hehehehehehehehe....(eh..nape Afrika Selatan..??)

Hari ni pagi2 lagi dah bangun masak nc lemak n ayam goreng ranggup....ermmm mmg sedap n ranggup pun....mkn panas2 dah mcm nugget tau....sedappp!!!... hubby lak awal2 lagi dah kuar coz nak anta adik kat PD ada khusus TNB kat sana.....lps hubby g keje ct leh lak terlelap semula...Aduhhh....terlajak sudahhhhhh....sampai opiz kol 9.10am....mintak ampun bos...!!! ari ni pagi2 lagi dah ujan kete banyak lak ari ni...ape2 pun alhamdulillah hujan rahmat n ct selamat sampai opiz..... 

Ptg ni nak masak ape erk...!!! tekak mcm nak makan telur masak kicap, sawi goreng n sambal gelesek je......nyummm...nyummm sedapnya..!!!!


k lah ct nak sambung menyibukkan diri kat Facebook lak yea.....hehehehehe

Babai semua...!!!!

Wednesday, December 08, 2010

-->Ewah-ewah...

Assalamualaikum semua.....

Haiii....kembali bersua semua...sihat2 la hendaknya yea....!!

hari ni masuk keje sungguh2 la awal....8.40am dah sampai opiz...ingat ct sorang yg terawal...rupa2nya ramai lagi yg lebih terawal....semua masuk tepat kol 9am...maknanya ct sorang la kat opiz paling awal....hehehehehe

Semalam lepas kemas2 umah ibu call mintak tolong belikan sup bunyut n daun sup...ibu nak masak sup ikan...trs g umah ibu n makan sama2.....lam minggu ni mmg xberasap la dapur ct time makan temgahari coz asyik makan umah ibu jea.....hehehehe.. lepas makan MR.Hubby rehat2 n terlelap sampai la kol 4pm...kejutkan Mr. Hubby n balik umah siap2 coz hubby ajak g shopping kat jusco....sekarang kan ngah SALE kat JUSCo.....pusing punya pusing x sedar dah 3 jam kami kat Jusco.....mcm2 hubby belikan utk ct...bestnyaaaaaaaaaa....!!!! kaki ct mula sakit n hubby cakap sayang nak kasut x..?? g la cari kat BATA...ada berkenan 1 kasut 2 p xde saiz lak....trs g BATA kat depan ruby...nasib baik jumpa...n hubby pun beli la utk ct...kasut 2 tapak dia mmg lembut tumit kaki x sakit.....ct pun ape lagi....

Abggggg terima kasih....Love u so much....Muahhh...muahhhh..muahhh... 2 lah hadiah kucupan terima kasih utk suamiku yg tercinta n kasihi......tibe2 hubby ckp.."Ooo dapat hadiah trs kiss n love la yea.."....Issshh...ape la abg ni kan syg sentiasa kiss n love abg......lupe la 2....!!!!

 
Lepas 2 trs g Usop kwn2 hubby dah ada kat sana...bile azan magrib balik umah....lam kol 9pm kuar lik g makan Nc Tomato n Kueh Teow Soto.. nyumm..nyumm...nyummm...sedappp...!!!!!

so sape2 nak try g la kat gerai balai raya temiang 2....mmg sedappp...!!!!


Monday, December 06, 2010

-->29 zulhijjah 1431

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum semua sahabat2 ct yg ct kasihi.....wahh...dah mcm nak buat surat lak....hhehehehe

hari ni ct g keje cam biasa la MR.Hubby anta....sampai opiz awal giler ari ni...maklum la azam baru...hehehehe 8.30am dah terconggok kat opiz nasib baik la ct ada kunci opiz....lau x kene la tunggu yg lain sampai.....yang x bestnya tahun ni banyak dapat cuti tersepit....mula2 pagi td ingat nak ambik cuti je...p bila pk2....20, 21 n 27hb ni nak ambik cuti so keje je lah.....

Ct nak cerita kisah semalam...pg2 lagi MR.Hubby dah gerak ke Felda Bukit Rokan....ct lak xtahu nak buat ape kan...keje lak semua dah settle...kepala mcm pening2 lalat je kan (alasan nak tido je)...so dengan sepantas kilat ct masuk ke kamar utk beradu.....ape lagi nak sambung tidoo....hehehehehehe.. Dari kol 10.30am ibu call ct lak xdengar..mne nak dengar lau dah membutakan hp lak ct "ter" silent....mmg xdengar la kan..... ibu pun trs la call MR.Hubby.....

Ibu >> Nopi...ct mne..? ikut nopi g ambik gambar ker..???
MR.Hubby >> ct..? ada kat umah....
Ibu >> ibu call x berjawab pun....
MR. Hubby >> T nopi try call....

Tibe2 ct lagi sekali "ter" dengar bunyi tepon umah asyik berdering je....ct ingat ct ngah mimpi...so ct pun wat xtau je la kan bunyik 2.....hehehehehehe.....bile ct dengar btul2 rupanya......mmg tepon umah ct yg berdering 2......hehehe...Ape lagi trs la berlari g angkat tepon....Mr.hubby yg call....

Mr.Hubby >> sayang buat ape ni...???
Ct >> xde ape....hehehe (nak cover tidooo...)
Mr. Hubby >> abis ibu call sayang xjawab, abg call sayang lambat angkat....??
Ct >> hehehehehehe....sayang "ter" lelap la abg.... (tembelang dah pecah dah...)
Mr. Hubby >> ha yea la.....sayang call ibu balik sekarang tau...
Ct >> Ok cayang.... 

trs la call ibu...rupanya ibu soh dtg umah nak makan sama2....maaf ibu ct xsedar bunyik tepon....hehehehe....ape lagi g mandi n bersiap trs merempit  g umah ibu.... "merempit" tibe2 ct teringat sesuatu cerita la....dulu ada org ckap ct ni "minah rempit" kelakar kan bunyinya.....sepanjang ct berhijrah ke N9 ni la pertama kali ct bwk motor sendiri lps ct kawin....sebelum kawin ct xpenah bwk moto g keje pun jalan kaki je.....cam ner leh datang cite 2 pun xtahu lah....hehehehe.. Ooopssss salah cite lak.....berbalik pada cite asal....

sampai umah ibu trs mkn, n rehat2.....yg lain semua lelap p ct sorang je yg xleh nak lelap nasib baik la ada 2 si kecik ni....ayom n amin....ct la jaga diaorg ketika si ibu terlena.....hehehehhe....kol 3 si ayom tido lepas ct masuk lam buai...tinggal la si amin...


hujan lebat sgt ptg semalam...bayangkan la pinggan kaca leh jatuh berderai pinggan 2 kene tiup angin....mmg takut dah mcm ribut la....nasib baik kejap je angin 2....

Ermmm....esok dah tahun baru islam.....ramai yg ngah pk ape azam baru tahun depan kan...??? 

Oh...ya baru ct teringat la...hari ini kan Ulang Tahun Kelahiran MR. Hubby lam bulan Islam....
29 Zulhijjah 1431......

Selamat Ulang Tahun Abg.....!!!!!!!
"Semoga Abg panjang umur, dipermudahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, semoga kita dikurniakan zuriat yg soleh & solehah..." Amin...!!!

Anda Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...