Kawan-Kawan

Tuesday, January 11, 2011

--> Angelina Anak Watie Yang Sah!

Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!


Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.


Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.


Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?


Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.


Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.


Adakah Watie cuba lari daripada media?

Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.
Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.

Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.

Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?

Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.
Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!

Apa maksudnya bermotifkan duit?

Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.
Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?

Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.

Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?

Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.
Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya.

Ditulis oleh Wahida Othman   
mangga online

Saturday, January 08, 2011

-->B.O.S.A.N

Aduhhh....
Jam baru kol 12.10 tengahari....
lagi 50minit nak balik ni.....
hari ni mmg langsung xde hati nak buat keje..
malam tadi tido lewat lam kol 4 baru dapat lelap.....

lam kol 9.54am Mr.hubby call 
cakap petang ni dia kene ambik gambar
ermmmm...
ct pun trs la call kawan ct n family ckp cancel balik
hari ni.....
lam 15minit lepas 2 Mr.Hubby call balik ckp 
cancel ambik gambar....
pulak dahhhhhhhhhhhh...
disebabkan ct dah ckp kat diaorg semua 
yg ct xjadi balik ari ni...
so ct ambik keputusan X NAK BALIK....
Adakah ct merajuk...????
Adakah ct berkecil hati...???
Adakah ct malas...???
Adakah ct mmg xnak balik...????
Hihihihi....ape punya soalan la ni kan...
minggu depan 14hb cuti Hari keputeraan N9
so ct rasa balik time 2 lah...
lame sikit dok kat kg 3 hari kan...

4,5 & 6hb sepupu sebelah Mr.Hubby kawen kat 
Johor...
nasib baik la time 2 cuti raya cina...
so xpayah la mintak cuti...

12hb lak kenduri kawen kat gemas umah m.lang...
N....
yang penting 26hb March 2011 adik ipar ct kawen...
majlisnya buat kat Dewan IPD S2...
nak kene tempah baju sekarang ni...
kang x sempat lak siap...

So hari ni hari yang paling boring bagi ct....
Mood Dah ke laut dah 
dari pagi lagi......

-->Hospital Besar Semban...

Selamat Pagi Semua....
Assalamualaikum....

Fuhhh....Sungguh mengantuk pagi ni...datang keje ngan mata yg rasa cam nak tertutup je...

Petang semalam lepas abis keje Mr.Hubby ckp nak g jumpa orang...ermmmm...ct pun join la sekali borak punya borak kat kedai mamak paroi dekat ngan burge ijan...si aidil datang sambung la borak lagi...nak tau cam ner Mr.Hubby kenal ngan si aidil 2 x..??? ct cite sikit la yea.... Aidil dok kat Taman Rashibah so dulu selalu la lepak2...coz 1 taman kan...malas la cite pasal ni...so kita berbalik pd cite asal....nak di jadikan cite malam tadi ct tinggal hp lam beg.....ngah makan mee soto...tibe rasa hati cam nak je g ambik tepon p malas....lame2 rasa hati x sedap nak jugak ambik hp lam beg.....

Sampai je kat kete n ambik je hp ngok misscall banyak n msj pun banyak.....aduhhh...sape ni..???? Ct pun bukak la 1x misscall n msj...punya lah terkejut ct rupa2nya adik ipar ct yg call n msj bagi tahu ibu bleeding truk sgt...badan dah xde tenaga n pucat lesu....ct pun trs la call adik ipar, dia ckp ibu dah anta kat sepital besar semban lam kol 9.00 malam...Alang, angah n suami dia yg tolong anta kan...Huhh...nasib baik diaorg ada...ayah lak ngah demam xlarat nak drive...ct pun trs g kat Mr.Hubby bagitahu ibu masuk sepital..kami pun trs bergegas g sepital....from 9.00pm until 2.00am Ct, Mr.Hubby, Adik2 Ipar stay kat sepital... Ibu, bleeding... kene masuk air 3 botol, ambik darah skit...ibu masih berada didalam bilik zon kuning (separa kritikal)...tunggu punya tunggu kol 2.30am doktor kuar "siapa keluarga Pn.Hanifah..?" kami semua pun bangun dia ckp ibu kene dimasukkan dalam wad....kami buat pendaftaran n ibu ditempatkan dalam Wad 2A...semoga Ibu cepat sembuh...

Dalam kol 3.00am kami balik coz xleh nak ngok ibu...nasib baik alang ada utk teman ibu dalam wad..sepanjang kami berada di tempat kecemasan mcm2 yg berlaku...ambulans memang kuar masuk je...ada yg pengsan, excident, jatuh, sesak nafas n mcm2 lagi la...yg paling sedih ct tengok ada seorg baby xtahu kenapa...dari mula masuk bilik kecemasan baby 2 xmenangis, kaku je...p mata berkelip2....aduhhh...sian tengok..xlame doktor berlari2 n panggil waris baby..xtahu sebab ape...tengok doktor ckp2 ngan ibu bapa baby 2....n diaorg trs masuk....ct doakan semoga baby 2 cepat sihat n baik2 aje....amin..!!!

Masa nak balik kuar dari parking belakang tibe2 kami nampak ada sorang pakcik 2 terhencut2 jalan..ngan tangan dia ada wayar yg masuk air n dia tahan kete kami...ct pun bukak la tingkap kete konon2 nak tanye la p Mr.Hubby marah...n ct xjd trs tutup balik cermin kete...bile sampai umah ct terpk balik knp pakcik 2..??? Adakah dia nak lari dari Hospital..? Tau itu bukan pakcik yg sebenar..??? ape yg ct tahu kat belakang 2 tempat bilik mandikan jenazah....aduhhhhh....ape pakcik 2 buat kat situ lam kol 3pagi..... dah la ngah sakit n pakaian baju sepital......

Sedih nya ari ni terpaksa cancelkan utk balik kg.....Makkkkkkk... Abahhhhhhh....
tunggu kepulangan anakmu minggu depan yea........I Miss U So Much..

Friday, January 07, 2011

-->Happy Friday

Assalamualaikum.

 
Hai semua...Alhamdulillah masih diberi lagi peluang utk bernafas di muka bumi ini.....
 
Hari ini ct nak membebel ape erk....rasa cam xde ape2 yg menarik pun....hari ni rehat sampai kol 2.30pm..aduh ape nak buat rehat lme2 ni yea....nak kuar cuci2 mata malas la pulak....hihihihi (jimat minyak kete) ape lagi yg leh buat time2 ni tido je la....

Semalam lepas abis keje trs balik umah coz linda nak datang transfer gambar kawin...sambil tunggu Mr.Hubby balik dari Johol tolong la siapkan susun gambar wedding....lam kol 8pm baru kuar g family store beli barang2 dapur....Ambikkkk kau dekat RM400 rupanya memborong.....yang paling best ct ambik minyak masak sampai 2 Botol paling besar....Haaa Kau puas hati....!!!!! nak buat cam makcik lam tv tempoh hari.."makcik xkisah minyak xde...sebab makcik dah banyak stok..mak cik dah tahu sebab 2 makcik beli banyak2".......Hahaahahahaha......

Lepas abis membeli belah trs la ke Pasar Malam Desa Rhu...beli barang2 basah lak...Mr.Hubby xsuke beli ayam, Ikan, Sayur kat pasar raya...beli kat pasar tani segar sikit....So kat pasar ct beli segala jenis bawang (nak buat stok banyak2..hahahaha), sayur, ayam, ikan, daging.....senang t nak masak kuarkan je...xpayah la ct nak g kedai lagi minggu ni....

Sok lak nak lik kg...rindu sama emak & abah......

semua org pasti akan merindui emak & ayah masing2 kan....begitu jugak la ngan ct....walaupun minggu lepas dah balik rindu tetap rindu........

Thursday, January 06, 2011

-->Pic 2011..

Assalamualaikum.....

 
Hari ni ct xde mood nak membebel...
sojuk na kek opiz ni.....
raso cam dok lam peti ais dah ni.....
nak bersuaro pun dah xleh ni.....

kito layan gamba yo lah yo.....
time ct xde keje ct edit la kat apo tah namo ea...
ct pun xtahu.....
ct main klik yo....

Kalau x cantik 2 mintak maaf la yo banyak2.....
Layannnnnnnn..........







Wednesday, January 05, 2011

-->Mood..

Salam 1 Malaysia.....

 
Hai semua....sihat2 la hendaknya yea....ape..? xdengar la...kuat la sikit....ct sihat ke x..??? Owhhh...ct alhamdulillah sihat jugak cam korang semua....cuma hari ni mood ct dah ke laut musim hujan agaknya 2 yang nak ke laut je....nak tau x sebab ape..?? haaaaa...jom bace kisah seterusnya...lau xsuka membace kisah cerita ct ni ape lagi klik aje kat X n close je blog ni...hihihihihi

Al-kisahnya ct pun xtahu ape2 tibe2 ct terbace kat wall seseorang yang terasa  sangat ngan ayat yg ct post kat fb tempoh hari....xcukup kat wall terbace pulak kat Notes fb....aduhhhh...ni ape kes la pulak...yang dia nak terasa sangat 2 kenapa la....ayat 2 terang2 xde pun tujukan kat dia...nak tersentuh abis kenapa......xsalah pun sebenarnya dia nak terasa ke...ape ke kan p yang jadi masalah nya ayat2 dia post n coretkan lam notes 2 umpama ct ni yang salah rasanya lau orang lain yg bace pun mmg akan salah kan ct,walau pada hakikatnya ct pun x tahu knp dia nak terasa......lam fb 2 beribu2 kawan yg ct ada x semestinya ct tujukan kat dia...yg pelik bin ajaib kenapa dia nak terasa....????? adooiiii....betul2 ke laut ni....!!!!!

Malas nak cite panjang2kan....benda xde kene mengena ngan sape2 pun...so abai kan je lah...sesiapa yang rasa2 terasa ngan ayat2 ct lam wall fb  lepas ni.... ct mintak maaf la banyak2 yea....ape yg ct tulis or buat kat fb 2 xde kene mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.....

Ok lah...ct nak main2 air laut jap yo...chaw chin chaw....!!!!!

-->RON97 price up again


 
To those RON97 petrol user, today onwards, RM2.4/litre is the fact. This is the 1st time price up for RON97 in this year, 2011. We can’t do anything about it except accept it.

 I just hope RON95 can remain same unchanged for longer period.

Tuesday, January 04, 2011

-->Aduhh..

Salam 1 Malaysia.....


Aduhhhh........(bukan mengeluh ni yea..)
Haaaa...ct beraduh ni bukan sebab sakit tau pun mengeluh..
sebenarnya...
Ct ngah cari Minyak Masak dari malam td lagi
semua xde stok...

Mula2 ct cari kat semua kedai temiang jaya...
Lepas 2 ct g pulak 
kat Pasaraya Sri Pulai..
Pun xde jugak...

Hari ni ct g pulak kat Giant Senawang
ingat ada la stok kat sana
ermmm.....
Hampehh...xde jugak...
1 pun xde...

Yang ada semua yg mahal2 
rasa x berbaloi la pulak beli 
minyak botol kecik harga
RM29.00....
Minyak Jagung, Soya, Bunga matahari 
Aduhhh....
Xnak la guna minyak 2 utk goreng ayam, ikan
lau sayur 2 leh la....

Macam ner nak masak niiiii.............!!!

 
Hehehehe...nak xnak kene la masak 
tanpa mengunakan minyak....
p bagus jugak kan...
leh jaga kesihatan.....
kita masak yg rebus2 je.....

So jom kita amalkan makan makanan  yang sihat2 yea....!!!!

Monday, January 03, 2011

-->Geng Photographer

Salam 1 Malaysia.........

 
Taraaaa.......
Bersua kita lagi.....
sekarang ct nak share team Photographer Mr.Hubby....

So sesiapa yg nak kawin ke, Bezday party ker, Majlis cukur jambul ker,
pe2 je la event yg memerlukan pakej Photographer
Leh la jumpe diaorang semua......

Macam2 pakej ada tau.....
harga pun murah2 je.....

Jom...saksikan bersama....

 
haa...ni lah MR.Hubby ct....
 

Ni pulak Cik Linda.....Ni lah sorang puteri lam group Mr.Hubby


 Ni pulak En.Farid......


 Ni En.Kayrie & En. Khairul....


Ni lah salah 1 aksi diaorg time outdoor...

Tembak jgn tak tempak....


 
Ni lak En. Ali......
 

Ni Mr.Hubby & En. Zaid...

  Mr.Hubby, En.Kayrie & En. Khairul

Dikala mereka beraksi.....


ermmmmmm.....
 

Johor.......
 

 Tembakkkkkkkk.........

Cukup la setakat ini dulu yea....
Ct nak buat keje jap t ct upload lagi k....
ramai lagi ni.....




-->Keceriaan 2011

Assalamualaikum...w.b.t


 

 
Salam tahun baru utk semua sahabat2 ct...Sihat kah kalian semua..???

ct nak kongsi cerita sepanjang percutian selama 3 hari yang lalu.....nak bace x..?? lau xnak cam biasa la g kat tanda X n close cepat2....

Jumaat > hari jummat yg lalu semua org dah start cuti kan...x terkecuali la ct...sepanjang cuti 3 hari yang lalu ct x de g mne2 pun dok umah kemas2 umah je...petang g college height kat sikamat je...g umah kawan...sebelah malam pulak ct ikut Mr.Hubby g ambik gambar kat jalan pantai...bile dah sampai ct jumpa lak kwan 1 opiz ct dulu nama dia pun SITI jugak...so x la boring sangat....hari jumaat xde cerita yang menarik sangat pun....
Sabtu > Haa...hari sabtu lak ct x g mne2 jugak...hehehehehe....dok umah tidooooo je.....kol 7pm Mr.Hubby balik dari ambik gambar trus siap2 g KM Plaza pulak ada GIG kakt sana....kol 10pm Mr.Hubby jemput ct utk g main futsal lak kat S2...abis lam kol 12.30pm....trus g kedai Usop Tom Yam...perut dah berkeroncong bangat.....sampai je trus la makan....x pandang kiri kanan dah...hehehehe

Ahad > Lagi sekali ct ikut Mr.Hubby g ambik gambar kat pantai majlis bertandang umah pengantin lelaki....masa ni lah ct jumpa balik kawan2 lame ct masa ct keje kat Parkson Seremban Parade....X sangka tol pusing2 jumpa lik kawan2 lame.....sibuk berburak sampai x sedar majlis dah abis...masa nak bawak pengantin g outdoor lak...cam biasa la bawak pengantin kat perpustakaan lame...umah putih 2 la....semban ni mane ada port yang cantik2 lagi....Abis lam pukul 6.30pm.....lepas 2 mne lagi nak g lau x ke Usop Tom Yam....dari dulu sampai la sekarang c2 je la tempat kitaorg g...lau nak ke kedai awe kat lobak 2 jauh sangat...malas la pula...hehehehehe

Isnin > Taraaa.....isnin hari pertama keje utk tahun 2011...ermmm...xde banyak perbezaan pun...rasa biasa je bila masuk opiz....teringat berita malam tadi tentang hari pertama persekolahan utk pelajar2 darjah 1...mcm2 ragam ada yg menangis, ada yg mengantuk, ada yg seronok..best je tengok gelagat diaorg...1 yg buat ct tertarik " Statement kanak2 darjah 1 bile wartawan tanye besar nanti nak jadi ape...? budak 2 jawab Nak jadi UZTAZ...leh jadi imam...... Aduhh...sejuk perut ibu dia bile dengar anak dia jawab mcm 2.....semoga Allah makbulkan kata2 anak itu....amin..!!!

Sian Mr.Hubby demam...hari ni Mr.Hubby xdapat g keje....lam minggu ni Mr.Hubby langsung xde rest....terkejar2 dari hari jumaat hingga la ahad.....Abg syg doakan semoga abg cepat sembuh yea...  
I LOVE U........

Ok lah....ct dah malas nak membebel banyak2...lagi pun bukan ada org nak bace pun kan....hehehehe
Ape kata kita tengok pic2 ni...













Anda Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...