Kawan-Kawan

Thursday, May 26, 2011

--> Kisah Hati

Sebuah kisah tentang kehidupan seseorang
kasih dan cintanya tidak kesampaian
bercinta, berkasih....
tapi tidak dapat bersama......
jom kita menghayati lagu "KISAH HATI" dendangan ALYA..


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

--> Tanpamu

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Karenamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu di sampingku
Untuk selamanya, untuk selamanya

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu...

Cintaku padamu, cintaku padamu 


Tuesday, May 24, 2011

--> Part 6

Assalamualaikum......

 

Alhamdulillah.....masih diberi kesempatan untuk menikmati 
keindahan alam....
Syukur yang x terhingga pejam celik..pejam celik dah
1 tahun 3 bulan usia perkahwinan ct n mr.hubby...
sekejap je masa berlalu kan...

Hari nie mood utk bekerja agak2 suam2 kuku...
M.A.L.A.S
sempena cuti sekolah akan bermula minggu nie..
maka bermulah aktiviti kami sekeluarga...
 kali nie kami sepakat untuk ke KELANTAN....

06.06.2011 pukul 9.00 malam bertolak kami ke Kelantan
dengan menaiki KERETAPI.....
xsabar rasanya nak naik keteapi...
teruja pun ada gak..hihihihihiihi...
bertahun2 rasanya x naik keteapi ni...
lau balik perak pun naik kete je....

Destinasi pertama mesti la ke rumah makcik (Cik yah)...
kat situ lah penginapan kami yang ditaja oleh Cik yah...
hihihihihihi........

Banyak perkara yang perlu di selesaikan di sana...
nak tahu selanjutnya kene lah tunggu ct balik dari kelantan dulu yea....
11.06.2011 nanti k........

Selamat Bercuti semua.........

Monday, May 16, 2011

--> Pic 2

This summary is not available. Please click here to view the post.

--> Pic

Assalmualaikum......
 
Hai semua.....
malam nie ct nak kongsi pic2 
kenangan Mr.Hubby masa muda2....
Jom layan.....
 
 
 comel kan....!!!!!!

Thursday, May 12, 2011

-->KALAU SAYA MATI,ABANG KAHWIN LAGI TAK??

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk di rumah kita.

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ya lah yanggg, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yanggg, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yangg. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak atau adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5.. golf set pon tak boleh gak sebab dia kidal…

Isteri: @#$%????!!!!!

ALAMAK...KANTOI SUDAAA...

Wednesday, May 11, 2011

-->Berhati2 melawat orang meninggal

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.


Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.


Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).


Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.


Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.


Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.


Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.


Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.


Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.


Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.


Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.


Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.


Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.


Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

-->Susu Terakhir buat si kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Monday, May 09, 2011

Jendela9 Tragedi 3 Mei - maut dibawa arus


Al.Fatihah......

sayu hati ct setiap kali tengok video nie....
xdapat bayangkan macam ner perasaan seorg ibu yg kehilangan 3 anak
dalam sekelip mata......

-->Petua Untuk Wanita Cepat Dapat Anak

Assalamualaikum.....

hai semua....
hari nie ct nak share 1 petua dari
 mengenai petua untuk wanita cepat dapat anak...

antara percaya or tidak....
terpulang pada diri sendiri...
p x salahkan untuk mencube...hihihihihihihi

walau pun AJAL, JODOH, REZEKI, ZURIAT semuanya ketentuan ALLAH..
p kita sebagai manusia seharusnya 
BERUSAHA + TAWAKAL + BERSERAH....
segala2nya dah ditentukan..... 
so kita kene lah BERSABAR....!!!! 

i.allah dengan izinnya..... 
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnya kepala tauge). Air rendaman itu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (biarkan kacang itu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas (jika nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Setelah jadi anak taugeh, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus taugeh itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu sudah tinggal jadi separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari haid pertama sampai waktu subur.

Thursday, April 21, 2011

--> Part 5

Assalamualaikum......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafaz di muka bumi 
yang ter indah ini.....
Fuhhh.......
dah lame rasanya ct x update blog nie kan...
p ada ke yg nak bace..???

Tak kisah la ada ke x nak yang nak bace....
yg pasti ct sukeeeeeeeeeee....

Menu malam nie ct masak Nasi Goreng Sardin + Milo Panas...
Alahmdulillah.....
suke tengok bile My Hubby makan bertambah2 sampai 3x...
Tak tau la bertambah sebab lapar or sedapppppppp.....
yg penting Mr.hubby makan dengan berselera...
Ct suke...suke...suke....!!!!!!!! 

Friday, April 15, 2011

-->MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
 
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Monday, April 11, 2011

-->Petua : Melayan Isteri

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….   

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita ...agaknya nak sebut I love youlebih mudah…   

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.   

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.   

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…  

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.   

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.   

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.   Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.  Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


Friday, April 01, 2011

-->TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

-->Part 4

Assalamualaikum.....


Salam hari jummat utk semua warga dunia......wahh...!!!! warga dunia lagi...

Hari nie dah 01~04~2011 sekejap je masa dah berlaku....dah masuk bulan ke-4 rupa2nya...hari April Fool....perlu ker kita sambut semua 2..??
Hari nie hari penghulu segala hari...so xpayah la kita buat keje2 yg xberfaedah 2 kan...

Hari nie jugak hari pertama seorang lagi staff A&R dah berenti kerja....dia dapat keje yg lebih baik dari sini so ape lagi...trus angkat kaki la kan....Ct doakan semoga dia akan sentiasa sihat, gembira dengan kerja baru di sana....

Ct pulak entah bila nak kuar dari A&R nie pun xtau la...dah x tertahan rasanya keje mcm nie...terlalu banyak bebanan, tekanan yg terpaksa ct lalui hari2....n macam2 kerenah yg terpaksa ct lalui...kerja makin lame makin bertimbun2 yang x pernah nak settle xkiralah untuk kes mahkamah ker, lelong ker, macam2 yg membebankan kepala nie.....Ct harap ct dapat bertahan selagi terdaya....Amin

Terasa sunyi betul opiz hari nie...maklum la kawan nak berborak, bergurau, bergosip dah xde....kembalilah ct seperti mula2 ct masuk keje...dok kat meja sendiri mengadap komputer, tanpa bersuara.....hihihhihiihi (jadi pekerja cemerlang)
 
pasti akan merindui kamu..!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

-->Part 3

Assalamualaikum......

hai.....semua..????
ngah buat ape malam2 nie...
sekarang kat umah ct jam menunjukkan pukul 10.50malam...
mata ct lak langsung x ada tanda2 mengantuk...
ape nak buat malam2 nie...
Nak tengok tv...???
Mr.Hubby dah kongker....
so ct x berpeluang la....hahahaha

ct pun xde idea sgt nak membebel malam2 nie..
so jom kita tengok 
sikit gambar2 adik ipar ct kawen
hari sabtu tadi...























 
cukup la setakat nie dulu yea....
yg lain kene tunggu.... 

Thursday, March 24, 2011

--> Part 2

Assalamualaikum......

Hai semua blogger ct......hihihihi (Ada ker..???)  

Tak kisah la kan ada ker x.....?? yang penting ct nak membebel jugak...huhuhuhu..

Hari boss ct dah masuk opiz....selama 4 hari dia kat KL untuk uruskan 1 kes kat Mahkamah KL......selama 4 hari jugak lah ct jadi boss sementara....hahaha...

Boss untuk main fb 24 jam.....2 lah keje ct selama 4 hari...(mintak ampun boss makan gaji buta)

hari nie dah start la ct kene siapkan keje2 semua yg terbengkalai.....sebelum ct cuti lama.... maklum la adik ipar ct nak kawen sabtu nie....kepada semua dijemput la datang beramai2 yea..... KLIK SINI...


Harap2 majlis 2 nanti akan berjalan dengan lancar n meriah....harapan yg paling utama semoga ibu kuar hospital sebelum hari sabtu nie.....Amin..!!!

hari nie dah hari khamis......lagi 1 hari je utk majlis kemuncak....ct lak yang rasa berdebar2....macam ct lak yg nak nikahnya....hihihi
ape2 pun jemput yea semua dtg kenduri adik ct pada hari sabtu 26/03/2011 nie.....

ct ada keje cikit yg nak dibereskan....t kita sambung lagi ok...!!!!

Bye...bye...bye...

Wednesday, March 23, 2011

--> Part 1

Fuhhh......!!!!!
hari nie mood betul2 ke laut....
Laut mane ct x pasti....
ape yang pasti...hari nie mood utk bekerja mmg xde...

Kalau ikutkan hati mmg nak trus
angkat kaki n balik umah je.....
n terus Zzzzzzz'.....

Nasib baik ct nie pekerja cemerlang....
huhuhuhu......
so xjadi la balik......

Kalau boleh ct nak dok umah
jadi boss (suri rumah tangga sepenuh masa)....
kalau boleh la....

Yang hakikatnya mmg xboleh...
selagi kete ct x abis bayar...
selagi 2 lah ct kene keje.....

xkan nak soh My Hubby lak yg bayar...
Ishhh...... TAK BOLEH... TAK BOLEH.....!!!!

2 lah harta hasil titik peluh ct selama 5 tahun kat seremban nie....
walau mcm mne sekali pun...
biar ct xmkn sekali pun....
ct tetap akan kedua kan kete 2....hihihihi

kenapa kedua..?????

La....yang pertama tetap la MR.Hubby...
sebab 2 lah kete jadi kedua....hihihi

ape nak buat nie.....???
ct boring betul dok opiz nie....

Kalau nak ikut kan mmg keje berlambak2..
tapi.....................
mood ke laut......semua x menjadi..

Sunday, March 20, 2011

-->Kisah yang lalu

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan2 alam....dah lame rasa nya ct x update blog nie kan...walaupun xde org yg mengikut cerita2 ct nie....hihihihi....


kat sini lah tempat utk ct berkongsi perasaan, nak bercerita xtau ngan siapa yg sudi mendengar....so inilah jalan utk cite merepek2....

SABTU = sepanjang minggu ni ct rasa badan penat sgt...xde masa utk dok rumah rehat2 sepenuhnya....bermula ngan hari sabtu 19/03/2011 pagi ct keje mcm biasa, sampai pukul 1tengahari....g keje semata2 nak kemas  opiz......fuhhh!!!!!!  penat xpayah nak ckp la...segala urat, tulang semuanya nak patah rasanya....sampai umah pukul 1.30pm trus siap2 nak ke kenduri kawen pulak....pukul 5pm trus gerak ke putrajaya...destinasi pertama ke rumah kawan Hubby...lepak2 kat umah dia sampai pukul 10 .. lebih kurang la......

kami terus ke BB (bukit bintang) geng2 hubby nak try ambik gambar waktu malam utk wedding yg akan datang....walaupun ct x ambik port sangat lam bidang nie...p sebagai seorang isteri, sahabat, ct cube untuk memberi sokongan n akan menemani hubby kemana sahaja selagi  di perlukan utk ct mengikutnya.....walaupun kekadang badan nie x mampu untuk berbuat demikian....

setiba nya kami di BB hujan dah mula turun....walau hujan air batu sekali pun mereka tetap tempuh utk ambik gambar....dan bermula lah sesi bergambar2...mcm2 aksi yg mereka buat........

Tapi didalam kegembiraan dan kesibukan mereka tanpa mereka sedar akan 1 perasaan yg sedang terguris oleh sikap yang xpernah nak mengerti hati & perasaan ct...ct jugak manusia yg mempunyai hati & perasaan....benar kata orang biar kita menangis didalam kehujanan kerana x siapa yg tahu kita sebenarnya sedang menangis.......

Malam minggu yang terlalu sibuk di kota raya....x dapat ct bayang kan kalau ct hidup di dalam kota raya yg terlalu sibuk....walau pun ketika tue sudah pukul 12pm...bagi mereka separti baru pukul 12tengahari agaknya.....

Sehingga lah larut malam kami berada di BB...hujan masih lagi gerimis...jam pulak dah pukul 2 pagi... Ya Allah mata ct dah rasa mcm nak tercabut rasanya....ku gagahkan jugak...dah boleh jadi cam burung hantu dah...hihihi

pukul 4 pagi baru lah kami sampai seremban....Erkkkkkkkkkkk.......!!!!! tanpa buang masa terus Zzzzzzzzz'''....................

AHAD = penat masih tak hilang lagi......sambung Zzzzz'.... hari nie x banyak aktiviti yg di buat...sebelah petang g melawat ibu kat hospital je....

The End.....

Tuesday, March 15, 2011

-->Adiah


Taraaaaaaaaaaaaaaaa........
 Nie lah hadiah yg paling bermakna Mr.Hubby bagi...
"Anugerah Cinta"

Monday, March 14, 2011

-->Mood

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah...selesai sudah majlis kesyukuran kami hari jumaat lepas...sempena ulang tahun perkahwinan kami yg per-1 pada 06.03.2011 kami ambik keputusan utk buat majlis kesyukuran pada 11.03.2011 coz tarikh ni jugak ulang tahun kelahiran ayah mertua ct...walaupun buat secara kecil2an.. alhamdulillah 100 org tetamu yg datang bagi memeriahkan majlis kami....

Dalam kesibukkan membuat persiapan kenduri kesyukuran 2 ada beberape xcident yg mendebarkan ct....yang pertama ct baru balik dari econsave n terus ke kedai buah dekat megaway...hari ujan lak 2...masa kat simpang...dah teleng rasa nya kepala ct pandang kiri n kanan...bile ct kompom dah xde kete ct pun kuar la dari simpang...punya lah terkejut beruk ct tibe2 dengar org hon dari belakang.....entah bile kete 2 muncul pun xtau la...dah tau kat simpang x payah la bawah laju2...nasib baik sempat break...lau x...dah berdentum....

hari ke-2 mak,abah n adik ada dirumah ct..ct ambik keputusan utk bawak mereka g jalan2 kat semban...mula2 ct g ambik roadtax kete ct kat senawang.... g bagunan mara cari tudung utk mak...g centre point, giant, carefour, n macam2 tempat la...semban ni kan x banyak tempat menarik...

hari ke-3 lak pagi dok umah je masak2 utk makan tengahari...siakap 3 rasa,sayur campur, ulam2, telur dada...nyum..nyumm..mmg sedap...!! sebelah petang lak g citypark ngok ikan besar2 punya....time 2 ikan semua dah kenyang...so x best sgt la....lam kol 7pm kami gerak balik umah...malam lak ct buat kek coklat..dah lame xbuat kek coklat...belum sempat beku coklatnya ct dah ngappp dulu...hihihihihihi

3 hari hubby ct sibuk sgt sampai dia langsung xde masa nak luangkan masa utk ct n family ct....p xpe lah ct paham dia banyak keje n sibuk ambik gambar sana sini.....walau ape pun ct happy sgt coz mak, abah ada sebagai teman ct dikala bosan.....I LOVE U mak,abah....

hari ni mak,abah dah gerak balik kampung balik...sedih nya perasaan ct...entah setiap kali mak, abah balik je ct mesti menangis sepuas2nya.....dah 4 bulan rasanya ct xdapat balik kampung....rindunya kampung halamanku..... T_T

Monday, March 07, 2011

-->Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah....
15hb nie ct dapat interview kat
SEK.MEN.SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA 
semoga hari 2 akan berjalan dengan lancar...

walau pun bukan pangkat yg besar2
hanya 2 yg dipanggil...
dah kira syukur sgt2...

semoga ia akan menjadi rezeki ct kali ni....
amin......

Anda Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...