Pada suatu hari seorang suami memberitahu isterinya hendak ke rumah kawannya untuk berbincang hal kerja & akan pulang esok paginya waktu subuh. Si isteri dengan berat hati membenarkan kepergian suami tercinta. Si isteri yg naif tadi percaya kepada suaminya & pada masa yang sama si suami sebenarnya telah menipu isterinya sebaliknya dia pergi ke disko@pub untuk berseronok dengan kawan-kawannya.Dalam perbualan telefon.....
"Abg, abg kt mana skrg? dah sampai rumah kawan abg ke?" tanya si isteri
"Dah, skrg tengah bincang hal kerja, jgnlah kacau!" jawab si suami marah.
Si isteri tidak sedap hati menelefon semula,
"Betul ke abg? Abg tak tipu kan??"
"Mana ada!! kalau abg tipu "ABG AKAN MATI ACCCIDENT!"
"Baiklah, saya percaya tapi saya akan pegang kata2 abg tu sebagai doa" kata isterinya
Si suami pun menceritakan perihal perbualannya tadi dengan kawannya
"Kau biar betul, nanti betul-betul kau accident macam mana??" tanya kawannya
"Ahhhhh......mana ada! doa ibu je mustajab, doa isteri mana boleh pakai!!"
Tuhan itu maha kaya, semasa perjalanan pulang esok paginya si suami kemalangan teruk & koma selama 6 bulan di hospital. Si isterilah peneman setia menunggu si suami pulih dengan sepenuhnya.
Suatu hari si suami tersedar dari koma & memeluk isteri serta anak-anaknya.
Si isteri tersentak & teringat akan kata-katanya sebelum ini lalu dia juga memohon ampun dari suaminya.
Ibu si suami kebetulan berada di hospital itu juga menitiskan air mata melihat kejadian itu & lalu berkata kepada anaknya " Ingatlah wahai anakku, doa isteri adalah seperti doa seorang ibu juga kerana dia juga merupakan seorang ibu! Mujur kamu masih diberi nafas olehNYA, insaflah nak."
No comments:
Post a Comment